ASTRONOMI
Astronomi
atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman
keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi
terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak
makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad.
Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij)
yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup
membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang.
SUMBER ILMU ASTRONOMI ISLAM
Ummat Islam telah didedahkan dengan ilmu astronomi melalui perkhabaran Tuhan mengenai objek-objek yang terdapat dilangit seperti bintang, planet dsb.Hal ini telah membentuk satu cabaran bagi umat di zaman dulu untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan astronomi ini.
Sebagai langkah awal,mereka telah melakukan banyak penterjemahan karya-karya dari yunani dan juga tamdun yang lain. Sebagai contoh, sebuah buku astronomi iaitu ZIJ-I SYAHI telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab oleh Abu AL-Hassan al- Tamimi,yang kemudiannya telah diulas lanjut oleh Abu Ma'syar. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Makmun,aktiviti menterjemah karya-karyayunani telah dilakukan bersungguh-sungguh.
Aktiviti menterjemah ini telah memberi pengaruh kepada dunia barat untuk melakukan perkara yang sama. Orang-orang barat turut mengikut jejak orang Islam dengan menterjemah karya-karya Yunani kedalam bahasa Inggeris.Buku karya Ptolemy yang diberi judul al-Majisti oleh orang Islam telah dialih bahasa ke adalam bahsa Inggeris dan diberi nama Almagest.
SUMBANGAN
TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ASTRONOMI
- Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani
kepada bahasa Arab.Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya
astronomi dari Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah
diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam.
- Dakwaan yang mengatakan ummat Islam hanya pandai
menterjemah adalah tidak betul. Mereka bukan sahaja menterjemah,malah
melakukan banyak pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan yang terdapat
dalam karya yang diterjemah. Tentu sekali sumbangan para pengkaji
Islam sangat besar.Hal ini dibuktikan pada tahun 1935 apabila the
International Astronomical Union telah menamakan formasi gunung-gunung
yang terdapat di bulan menggunakan nama tokoh astronomi
Islam. Contohnya al-Ma'mun (al-Manon),al-Farghani
(al-faraganus),al-Battani (al- Bagtanius),al-Sufi (azophi),al-Haytam
(Alhazen),al-Zarqali (alzactel),al-Bitruji (alpetragius) dan lain-lain.
- Nama-nama bintang seperti Aldebaran,Deneb,dan juga Altair merupakan nama-nama bintang yang diberikan oleh sarjana Islam dan masih digunakan dunia barat pada masa kini.
TOKOH ASTRONOMI
ISLAM
1. Al-Battani
Orang yang
memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan
sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu
tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.
2. Al-Khawarizmi
Beliau telah
memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah
yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada
alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.
3. Ali bin Abd Rahman
atau Ibn Yunus
Beliau menerbitkan
satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari
seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn
Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan
teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08
saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari
dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak
data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur.
4. Nasiruddin
al-Tusi
Beliau merupakan ahli
astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai
pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah
beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani"
yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya
beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.
5. Ibn
al-Zarqiyali
Beliau mahir dalam
menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan
jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat
Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di
laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan
pesat.
6. Al Bategnius
Beliau ialah Abu
Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di
Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan
tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di
garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam
gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama
menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan
lambang dan trigonometri ke barat.
PERKEMBANGAN
ASTRONOMI DALAM DUNIA ISLAM
Pada abad 3H/9M telah
lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman
seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad
ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih
dan bersungguh- sungguh. Pada abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai
lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.
Pada abad ini,Abd
Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan
oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia. Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta
Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi
matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.
Pada abad
ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama
Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan
yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang
berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.
FAKTOR-FAKTOR ASTRONOMI BERKEMBANG DALAM DUNIA ISLAM
- Faktor ajaran Islam yang menggesa ummatnya untuk
memikirkan fenomena yang Tuhan ciptakan di alam ni.Perkara ini termasuklah
segala kejadian yang terdapat di langit seperti siang malam dan
sebagainya.
- Faktor ajaran Islam yang berkait rapat dengan astronomi
umpamanya ibadat-ibadat seperti solat,permulaan ibadat puasa,sambutan hari
raya yang berkait dengan gerakan dan fasa-fasa yang berlaku pada bulan.
- Keadaan ini memberi satu cabaran kepada ummat Islam pada zaman silam untuk mendalami ilmu astronomi agar ibadat-ibadat yang berkait rapat dengan musim-musim tertentu dapat diselesaikan.
- Bantuan yang mencukupi dari kerajaan dalam membiyai segala aktiviti pengkajian yang berkaitan dengan astronomi. Penguasaan ummat Islam terhadap bidang-bidang sains seperti matematik, dan fizik.
- Bidang astronomi memerlukan sokongan daripada ilmu-ilmu sains yang lain seperti matematik dalam melakukan pengiraan-pengiraan yang berkaitan dengan saiz bumi sebagai contoh.Pada zaman dahulu,ummat Islam memang telah menguasai pelbagai bidang sains yang dapat membantu mereka dalam usaha penyelidikan terhadap ilmu astronomi.
KEBENARAN AYAT
AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN ASTRONOMI
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat berkaitan dengan astronomi .Ayat-ayat inilah yang menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana Islam dalam melakukan kajian mereka.Antara ayat yang dimaksudkan ialah:
Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat berkaitan dengan astronomi .Ayat-ayat inilah yang menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana Islam dalam melakukan kajian mereka.Antara ayat yang dimaksudkan ialah:
- Matahari dan bulan Surah Nuh 71:16 Dalam ayat ini , bulan dinyatakan sebagai munir (cahaya) dan matahari sebagai siraj (obor).Ayat ini menceritakan fungsi bulan yang hanya memantulkan cahaya daripada matahari dan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.Gambaran ayat al-Quran sememangnya tepat apabila menggambarkan matahari itu sebagai obor (siraj) yang mengeluarkan cahaya dan haba.
- Kejadian siang dan malam Surah al-zumar 39:5 Al-Quran menggambarkan pertukaran siang dan malam berpunca dari proses putaran yang berlaku pada bumi Perkataan yang digunakan bagi menggambarkan situasi ini ialah "kawwara" yang mana makna asalnya adalah membelit serban.
VIDEO
KESIMPULAN
Disaat dunia barat sedang berada di era jahiliah yang digelar Zaman
Kegelapan,ummat Islam pula berada pada satu tahap yang amat gilang gemilang
dari pelbagai sudut dan aspek. Di dalam konteks ilmu
astronomi,Sarjana-sarjana Islam telah memelihara dan mengembangkan ilmu
tersebut.Bayangkan seandainya Ummat Islam pada masa itu tidak memelihara
warisan ilmu astronomi ini,tentunya Ilmu tersebut akan terhapus dan kemajuan
tidak tercapai seperti sekarang ini. Pengetahuan manusia mengenai alam ini
tentunya akan lebih lambat andaikata tiada pengkajian yang menyeluruh lagi
bersepadu dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam pada zaman terdahulu.
The 15 Best Casinos Near Hollywood, LA - MapYRO
BalasPadamBest 강릉 출장마사지 Casinos Near Hollywood, LA · The Shores 김천 출장마사지 Hotel and Casino · Grand Lisboa · The Shondos Hotel · Red Rock Casino & 하남 출장안마 Spa 경상남도 출장마사지 · The Hollywood 광양 출장샵