Jumaat, 26 Februari 2016

Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh :)


ASTRONOMI

Astronomi atau falak adalah salah satu ilmu sains yang berkembang pesat pada zaman keagungan tamadun Islam. Pencapaian cemerlang umat Islam dalam bidang astronomi terutamanya pada zaman Abbasiyyah begitu hebat kerana terdapat banyak makmal-makmal astronomi khususnya di bandar-bandar besar seperti di Baghdad. Umat Islam berjaya menghasilkan kaedah-kaedah pengiraan dan jadual-jadual (zij) yang amat berguna dalam bidang astronomi. Malah satu pencapaian yang cukup membanggakan adalah kejayaan umat Islam mencipta ‘asturlab’, iaitu alat peneropong bintang.

SUMBER ILMU ASTRONOMI ISLAM 

Ummat Islam telah didedahkan dengan ilmu astronomi melalui perkhabaran Tuhan mengenai objek-objek yang terdapat dilangit seperti bintang, planet dsb.Hal ini telah membentuk satu cabaran bagi umat di zaman dulu untuk mengkaji ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan astronomi ini. 

Sebagai langkah awal,mereka telah melakukan banyak penterjemahan karya-karya dari yunani 
dan juga tamdun yang lain. Sebagai contoh, sebuah buku astronomi iaitu ZIJ-I SYAHI telah diterjemahkan ke dalam bahasa arab oleh Abu AL-Hassan al- Tamimi,yang kemudiannya telah diulas lanjut oleh Abu Ma'syar. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Makmun,aktiviti menterjemah karya-karyayunani telah dilakukan bersungguh-sungguh.

Aktiviti menterjemah ini telah memberi pengaruh kepada dunia barat untuk melakukan perkara yang sama. Orang-orang barat turut mengikut jejak orang Islam dengan menterjemah karya-karya Yunani kedalam bahasa Inggeris.Buku karya Ptolemy yang diberi judul al-Majisti oleh orang Islam telah dialih bahasa ke adalam bahsa Inggeris dan diberi nama Almagest.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG ASTRONOMI


  • Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani kepada bahasa Arab.Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya astronomi dari Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam.

  • Dakwaan yang mengatakan ummat Islam hanya pandai menterjemah adalah tidak betul. Mereka bukan sahaja menterjemah,malah melakukan banyak pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karya yang diterjemah. Tentu sekali sumbangan para pengkaji Islam sangat besar.Hal ini dibuktikan pada tahun 1935 apabila the International Astronomical Union telah menamakan formasi gunung-gunung yang terdapat di bulan menggunakan nama tokoh astronomi Islam. Contohnya al-Ma'mun (al-Manon),al-Farghani (al-faraganus),al-Battani (al- Bagtanius),al-Sufi (azophi),al-Haytam (Alhazen),al-Zarqali (alzactel),al-Bitruji (alpetragius) dan lain-lain.



  •  Nama-nama bintang seperti Aldebaran,Deneb,dan juga Altair merupakan nama-nama bintang yang diberikan oleh sarjana Islam dan masih digunakan dunia barat pada masa kini.

TOKOH ASTRONOMI ISLAM 



1. Al-Battani

Orang yang memperkenalkan ilmu trigonometri sfera ke dalam ilmu falak yang digunakan sehingga hari ini. Al-Battani membuat hitungan mengenai tempoh masa bagi satu tahun sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 24 saat.

2. Al-Khawarizmi

Beliau telah memberikan sumbangan yang amat bermakna di dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta "safihah" sebagai penyempurnaan kepada alat astrolab yang dicipta oleh Mohammad bin Ibrahim al-Fazari.


3. Ali bin Abd Rahman atau Ibn Yunus

Beliau menerbitkan satu jadual yang sangat berguna mengenai pengiraan waktu berdasarkan matahari seperti mengikut satu artikel dalam (David A King, 1986) yang bertajuk Ibn Yunus Very Useful Tables for Reckoning Time by The Sun.Tempoh perkiraan dengan teknologi sekarang mendapati tempoh it sebagai 365 hari 5 jam 46 minit 46.08 saat. Beliau juga telah melaksanakan hampir seratus cerapan gerhana matahari dan bulan serta ijtimak planet. Dia melakukan cerapan sedemikian bagi menyemak data parameter planeteri yang dsediakan oleh ahli falak Yahya bin Abi Mansur.


4. Nasiruddin al-Tusi 

Beliau merupakan ahli astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Beliau berkhidmat sebagai pengarah di Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang dibina oleh Hulagu Khan. Di sinilah beliau menyusun jadual astronomi yang diberi nama "al-Zij al-Ilkhani" yang dikatakan sebagai tanda penghormatan beliau kepada Hulagu Khan, karya beliau termasyhur di seluruh Asia dan China.

5. Ibn al-Zarqiyali 

Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Umat Islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu kegiatan perdagangan dan pelayaran telah berkembang dengan pesat.


6. Al Bategnius

Beliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al Harani. Lahir di Harun (Turki) dan mati di Samarak, Iraq. Beliau telah menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim, kadar peredaran matahari dan menggariskan lintang buruj di garisan khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Beliau merupakan orang pertama menggunakan kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan lambang dan trigonometri ke barat

PERKEMBANGAN ASTRONOMI DALAM DUNIA ISLAM

Pada abad 3H/9M telah lahir tokoh-tokoh astronomi Islam yang terkemuka sepanjang zaman seperti Habasy Al-Hasib dan juga AL- khawarizmi.Pada abad ini,penyelidikan dan pengkajian terhadap astronomi telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh- sungguh. Pada abad ke 4H/10M telah menonjolkan lebih ramai lagi tokoh-tokoh astronomi yang lahir daripada penganut Islam.

Pada abad ini,Abd Rahman Al-Sufi telah melakarkan ilustrasi-llustrasi bintang yang disifatkan oleh george Sarton sebagai masterpiece dalam sejarah ilmu astronomi dunia. Manakala Abu Said al-sijzi pula telah mencipta Astrolab dan beliau membuat kenyataan bumilah yang sebenarnya mengelilingi matahari dan bukannya matahari yang mengengelilngi bumi.

Pada abad ke 5H/11M menyaksikan kecemerlangan tokoh astronomi yang beragama Islam yang lainnya,seperti Al-Biruni,Ibn Yusuf dan Al-Zarqali.Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh al-Biruni adalah membuat banyak ukuran yang berkaitan dengan saiz bumi umpamanya.


FAKTOR-FAKTOR ASTRONOMI BERKEMBANG DALAM DUNIA ISLAM


  • Faktor ajaran Islam yang menggesa ummatnya untuk memikirkan fenomena yang Tuhan ciptakan di alam ni.Perkara ini termasuklah segala kejadian yang terdapat di langit seperti siang malam dan sebagainya.
  • Faktor ajaran Islam yang berkait rapat dengan astronomi umpamanya ibadat-ibadat seperti solat,permulaan ibadat puasa,sambutan hari raya yang berkait dengan gerakan dan fasa-fasa yang berlaku pada bulan.
  • Keadaan ini memberi satu cabaran kepada ummat Islam pada zaman silam untuk mendalami ilmu astronomi agar ibadat-ibadat yang berkait rapat dengan musim-musim tertentu dapat diselesaikan.
  • Bantuan yang mencukupi dari kerajaan dalam membiyai segala aktiviti pengkajian yang berkaitan dengan astronomi. Penguasaan ummat Islam terhadap bidang-bidang sains seperti matematik, dan fizik.
  • Bidang astronomi memerlukan sokongan daripada ilmu-ilmu sains yang lain seperti matematik dalam melakukan pengiraan-pengiraan yang berkaitan dengan saiz bumi sebagai contoh.Pada zaman dahulu,ummat Islam memang telah menguasai pelbagai bidang sains yang dapat membantu mereka dalam usaha penyelidikan terhadap ilmu astronomi.

KEBENARAN AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN ASTRONOMI

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat berkaitan dengan astronomi .Ayat-ayat inilah yang menjadi rujukan kepada sarjana-sarjana Islam dalam melakukan kajian mereka.Antara ayat yang dimaksudkan ialah:
  •   Matahari dan bulan   Surah Nuh 71:16 Dalam ayat ini , bulan dinyatakan sebagai munir (cahaya) dan matahari sebagai siraj (obor).Ayat ini menceritakan fungsi bulan yang hanya memantulkan cahaya daripada matahari dan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri.Gambaran ayat al-Quran sememangnya tepat apabila menggambarkan matahari itu sebagai obor (siraj) yang mengeluarkan cahaya dan haba.

  • Kejadian siang dan malam Surah al-zumar 39:5 Al-Quran menggambarkan pertukaran siang dan malam berpunca dari proses putaran yang berlaku pada bumi Perkataan yang digunakan bagi menggambarkan situasi ini ialah "kawwara" yang mana makna asalnya adalah membelit serban.

 VIDEO




    KESIMPULAN

    Disaat dunia barat sedang berada di era jahiliah yang digelar Zaman Kegelapan,ummat Islam pula berada pada satu tahap yang amat gilang gemilang dari pelbagai sudut dan aspek. Di dalam konteks ilmu astronomi,Sarjana-sarjana Islam telah memelihara dan mengembangkan ilmu tersebut.Bayangkan seandainya Ummat Islam pada masa itu tidak memelihara warisan ilmu astronomi ini,tentunya Ilmu tersebut akan terhapus dan kemajuan tidak tercapai seperti sekarang ini. Pengetahuan manusia mengenai alam ini tentunya akan lebih lambat andaikata tiada pengkajian yang menyeluruh lagi bersepadu dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam pada zaman terdahulu.